Saturday, March 13, 2010

KHASIAT DARI BUAH LABU


Allah s.w.t menyebut di dlm Al-Quran mengenai pokok labu pada surah as-Saffat ayat 146 "...dan Kami tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok Yaqtin (pokok labu)."

Mengenai labu terdapat satu riwayat yang sahih datang daripada Anas bin Malik r.a bahawa beliau mengkhabarkan ada seorang tukang jahit mengundang Rasulullah s.a.w mkn drumhnya, mnikmati hdgn msknnya sndri. Anas bkata: "Lalu ak pn pergi bersama Rasulullah. Kemudian dihidangkan kepada kami roti gandum dan sayur berisi labu dan dendeng. Aku melihat Rasulullah S.a.w selalu mencari labu di mana sahaja berada di sekitar bekas makanan tersebut. Sejak hari itu, aku ikut menyukai labu."
(Rujuk al-Ahkam, 11/65-67)

Abu Talut mgkhabarkan, " Aku pernah menemui Anas bin Malik mkn labu smbil berkata: Sesungguhnya engkau berasal dari pokok yang paling kusukai, kerana Rasulullah s.a.w amat menyukaimu." Dalam Al-Ghailaniyyat disebut hadis daripada Hisyam bin Urwah, daripada ayahnya, daripada Aisyah r.a mgkhabarkan,"Rasulullah s.a.w pernah berkata kepadaku: "Wahai Aisyah, jika engkau memasak mknan, bykknlah labu. sesungguhnya labu itu boleh mengubat kesedihan."

Labu bsifat sejuk dan lembap, boleh meberikan suntikan zat ringan, mudah masuk ke dalam perut, meski pun belum rosak sebelum di hadamkan dan menghasilkan hampas yang baik. Sebahagian daripada khasiatnya ialah memberi serat yang baik, sesuai dengan vitamin yang dikandungnya. Jika labu itu dimakan dengan biji sawi atau jintan hitam, boleh menimbulkan rasa pedas. Tetapi jika dicampur dengan garam, boleh menimbulkan rasa masin. Buah labu merupakan sejenis buah yang kaya dengan pelbagai khasiat yang berguna untuk tubuh badan manusia. Jika seseorang itu menghadapi rabun, terutama sekali pada waktu malam, atau ketidakseimbangan gula dalam darah, maka labu adalah menu yang sesuai untuk diet bagi tubuh. Hal ini kerana, pakar dietetik mendedahkan vitamin A dan vitamin C adalah dua jenis vitamin yang paling tinggi dalam isi labu.

Selain vitamin A dan C, labu juga mengandungi sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta karotid dan serat. Dikatakan sumber serat atau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan. Isi labu yang direbus dikatakan baik untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit kuning. Labu yang dimasak juga baik untuk mengawal diabetis, manakala labu yang dikukur halus boleh merawat luka kecil seperti terbakar atau luka pisau.

No comments:

Post a Comment